ketika manusia bertopengkan syaitan, ketika ilmu dijadikan sandaran keriakan, ketika hati menjadi hitam, kitika islam dijadikan permainan, ketika nafsu mengusai akal maka segala kebenaran di langgar dengan kepalsuan..

(Hidupkan Aku Di Lautan Al-Fatihah)

Khamis, 2 Jun 2011

Syukur
Kita sering mengeluh dan mengomel. Bosan mendepani masalah hidup yang tiada pengakhiran. Jemu dengan usaha yang awalnya bertunjangkan segunung harapan namun berputus asa dengan kegigihan yang tiada keberhasilan. Akhirnya kita duduk termanggu di pinggiran merenung hari-hari mendatang yang akan dijalani dengan kemurungan.
"Nikmat mana lagikah yang hendak kau dustakan." [Surah Ar-Rahman]
Kita banyak mengeluh dengan ujian yang Allah bagi tetapi tidak pernah bersyukur dengan nikmat Allah!
Mengapa perlu berasa lemah dan kecewa? Tidak cukupkah segala nikmat yang Allah bagi di dunia ini sehinggakan masalah yang sangat kecil pun kita berat hendak menanggung. Ya! Masalah yang kita hadapi sangat-sangatlah kecil kalau hendak dibandingkan dengan kurniaan Allah yang kita dapat dari kecil hingga sekarang. Namun manusia ini tidak sedar dan kurang bersyukur.
(copy from iluvislam)

1 ulasan:

  1. salam.. dah lama tak ber"blogger".. sesekali buka jengah sebentar rakan2 blogger utk baca entry yg terbaru,, syukur!! perkataan yang mudah tapi jarang sekali kita sebut terutama apabila menerima satu nikmat.. itula sifat manusia.. bila tuhan beri satu ujian baru lah nak bersyukur.. semoga kita sentiasa memperbaharui iman dan beristiqamah dgn besyukur.. insyaAllah, jazakallah =)

    BalasPadam